P
eraturan Kamsis::

Antara Kesalahan Di Kolej Kediaman Yang Boleh Mengakibatkan Penggantungan / Pembuangan Pelajar Dari Kolej Kediaman PSIS :
  • Mencemar nama baik politeknik, kakitangan atau pelajarnya dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik.
  • Merosakkan harta benda di Kolej Kediaman (vandalisme) dan mengotorkan bilik Kolej Kediaman.
  • Menganggu ketenteraman penghuni di Kolej Kediaman.
  • Membawa orang asing menginap di bilik Kolej Kediaman tanpa kebenaran bertulis.
  • Berpindah / bertukar ke bilik lain tanpa kebenaran dan pengetahuan penyelia Kolej Kediaman / warden blok.
  • Berpakaian menjolok mata / kurang sopan / berseluar jeans di kawasan Kolej Kediaman adalah dilarang sama sekali.
  • Menceroboh ke bilik berlainan jantina.
  • Meminum / mengedar / menyimpan / menyorok / membuat / menghisap / mempunyai apa jua alat berkaitan dengan rokok / tembakau / najis dadah / ganja / bahan lucah / minuman yang memabukkan.
  • Bergaduh , terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan samada di dalam atau di luar Kolej Kediaman.
  • Berkelakuan sumbang atau tidak sopan seperti bercumbu-cumbuan atau berkhalwat dan membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah samada di dalam atau di luar kampus.
  • Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut dan menculik.
** sila rujuk kepada buku peraturan kamsis untuk jenis-jenis kesalahan yang berkaitan.