FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)



    SEBELUM LI
  1. Apakah syarat kelayakan untuk menjalani latihan industri?
  2. Sila rujuk buku 'Garis Panduan Latihan Industri Politeknik'

  3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya tidak layak untuk menjalani latihan industri?
  4. Sekiranya tidak layak menjalani latihan industri, pelajar dikehendaki mendaftar untuk belajar dan lulus modul–modul 'carry' bagi mencukupkan syarat menjalani latihan industri; iaitu sekurang–sekurangnya 42 jam kredit terkumpul.

  5. Bagaimanakah cara–cara untuk dapatkan tempat untuk latihan industri?
  6. Pelajar bolehlah merujuk firma–firma yang terdapat di laman web I-UPLI ataupun mencari sendiri tempat untuk latihan industri. Pelajar digalakkan melawat firma berkenaan sebelum memohon untuk mengetahui kesesuaian dengan program/kursus yang diambil.

  7. Bagaimanakah caranya pelajar hendak tahu sekiranya borang jawapan telah diterima oleh Unit LI ataupun tidak?
  8. Pelajar boleh menyemak penerimaan borang jawapan melalui pendaftaran firma di dalam I-UPLI ataupun melalui buku 'Senarai Semak Borang Jawapan Firma' yang disediakan di kaunter Unit LI

  9. Bilakah tarikh akhir untuk dapat tempat/serah borang jawapan?
  10. Pelajar perlulah mendapat tempat/menyerahkan borang jawapan dengan segera; selewat – lewatnya sebelum Minggu Peperiksaan Akhir.

  11.  Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya pelajar tidak mendapat tempat LI?
  12. Sekiranya pelajar masih tidak mendapat tempat LI sehingga seminggu sebelum Minggu Peperiksaan Akhir; pelajar perlu berjumpa dengan penyelaras LI masing – masing. Jika tidak, pelajar perlu tangguh LI untuk tempoh 1 semester agar dapat mencari tempat untuk latihan industri.

  13. Bolehkah memohon banyak tempat untuk latihan industri?
  14. Pelajar tidak dibenarkan memohon banyak tempat pada satu–satu masa. Sekiranya firma tertentu tidak menerima permohonan LI, barulah pelajar boleh memohon firma yang lain pula.

     

     

    SEMASA LI

  1. Bagaimanakah cara–cara untuk tulis laporan dan catatan harian latihan industri ?
  2. Sila rujuk buku 'Garis Panduan Latihan Industri Politeknik'

  3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya firma hanya menyuruh pelajar melakukan aktiviti kerja yang sama semasa latihan industri?
  4. Pelajar perlu berbincang dengan penyelia LI firma agar dapat mempelbagaikan kerja yang diberikan. Sekiranya masih tidak memadai dengan tindakan itu, bolehlah pelajar berbincang dengan penyelaras LI masing–masing.

  5. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya firma menyuruh pelajar melakukan aktiviti kerja yang tiada kaitan langsung dengan program/kursus/modul yang diambil oleh pelajar?
  6. Pelajar perlu merujuk dan berbincang dengan penyelaras LI masing–masing.

  7. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya tiada aktiviti kerja di firma?
  8. Pelajar perlu merujuk dan berbincang dengan penyelaras LI masing–masing. Sekiranya didapati memang tiada aktiviti kerja di firma, pelajar boleh memohon untuk pertukaran tempat latihan industri.

  9. Adakah pelajar dibenarkan membuat kerja 'overtime'?
  10. Pelajar tidak digalakkan melakukan kerja–kerja 'overtime' sehingga waktu malam, atas dasar keselamatan.

  11. Adakah pelajar perlu datang ke politeknik semasa latihan industri?
  12. Tidak perlu; melainkan jika diminta berbuat demikian oleh penyelaras LI atau pun oleh Unit LI

  13. Boleh atau tidak pelajar menukar tempat untuk latihan industri?
  14. Pelajar tidak dibenarkan menukar tempat latihan industri; melainkan jika firma tersebut menutup perniagaan, bankrap atau membatalkan penempatan latihan industri pelajar. Lain–lain kes adalah bergantung kepada budi bicara penyelaras LI dan pegawai LI.

  15. Apakah tindakan yang boleh diambil ke atas pelajar yang menimbulkan masalah semasa latihan industri?
  16. Merujuk kepada buku 'Garis Panduan Pengurusan Latihan Industri', pelajar boleh dikenakan tindakan 'amaran', 'mengulang LI' dan 'Gagal Berhenti' sekiranya telah gagal LI sebanyak DUA (2) kali(rujuk buku 'Arahan – Arahan Peperiksaan & Kaedah Penilaian).

     


    SELEPAS LI

  1. Bilakah pelajar perlu daftar tamat latihan industri ?
  2. Tarikh daftar tamat latihan industri akan diberitahu melalui surat yang akan dihantar kepada para pelajar dan juga akan disiarkan melalui laman web I-UPLI. Kebiasaannya akan dilaksanakan pada minggu berikutnya selepas tamat latihan industri. Pelajar perlu sentiasa menyemak sebarang makluman yang disiarkan di laman web I-UPLI.

  3. Apakah yang perlu dibawa semasa daftar tamat latihan industri?
  4. Sila rujuk buku 'Garis Panduan Latihan Industri Politeknik'

  5. Bilakah keputusan latihan industri boleh diumumkan?
  6. Keputusan rasmi latihan industri hanya akan diumumkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan sesi daftar tamat LI; iaitu kira-kira 2 minggu selepas tamat peperiksaan akhir semester.