Pendahuluan ::
Unit ini bertanggungjawab dalam penempatan, pemantauan dan penilaian pelajar semasa latihan industri. Pelajar politeknik diwajibkan untuk menjalani latihan industri 1 semester di mana-mana sektor swasta atau kerajaan
Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama satu ( 1 ) semester, bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik
Latarbelakang ::
Pelajar adalah layak menjalani latihan industri setelah mereka menduduki dua kali peperiksaan akhir bagi kursus sijil dan tiga kali peperiksaan akhir bagi kursus diploma. Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan samada melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri atau membuat permohonan sendiri. Pelajar dikehendaki memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan jurusan yang dipelajari di politeknik. UPLI juga bertanggung jawab untuk memastikan hubungan dua hala di antara Organisasi / Firma yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak Politeknik sentiasa baik dan berterusan.
V
isi UPLI
Unit Perhubungan Dan Latihan Industri Politeknik Bertekad Untuk Menjadi Sebuah Unit Yang Cemerlang Dan Pengurusan Yang Bersistematik Serta Dapat Melahirkan Modal Insan Yang Berkemahiran, Berdaya Saing Dan Berterampilan Selari Dengan Falsafah Pendidikan Negara
M
isi UPLI
Untuk Menghasilkan Pelajar Yang Kompetens Dan Berkualiti Dalam Bidang Teknikal Dan Perdagangan Bagi Memenuhi Keperluan Tenaga Kerja Yang Diperlukan Oleh Sektor Awam Dan Swasta Di Malaysia
O
bjektif Latihan Industri::
O
bjektif Sotf Skills::